Indonesian Automotive Community

General Motorcycle => Motorcycle Modification => Topic started by: princestylo on June 29, 2011, 01:51:02 PM

Title: Motosikal Terbang Pertama Di Dunia | Flying Motorcycle
Post by: princestylo on June 29, 2011, 01:51:02 PM

Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy telah mencipta motosikal terbang pertama di dunia dalam garaj miliknya sendiri.  Motosikal seberat 270 kg ini menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
(http://www.princestylo.com/wp-content/uploads/2011/06/Motosikal-Terbang-Flying-Motorcycle-02-1024x677.jpg)
Ianya boleh terbang setinggi 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 km/jam. Satu tangki minyak penuh membolehkan ianya terbang sejauh 148.05 km selama 45 minit.


Harganya mungkin lebih dari AS$71,809 (RM218,981) sebuah dan kos sebenar untuk menciptanya ialah AS$223.51 (RM681.03) seminggu. Motosikal terbang ini mengambil masa selama 2 tahun setengah untuk disiapkan.

Buat masa ini, tali diikat pada empat penjuru motosikal terbang semasa ujian bagi mengelakkan ianya terbang terlalu tinggi.

Sumber : princestylo.com